Tuesday, November 30, 2021

QUANTUM METAL TAMBAH PRODUK PATUH SYARIAH

 Pada 20 Jun 2020, kami telah melaporkan terdapat 3 perbankan Islam yang menawarkan produk simpanan emas patuh syariah, iaitu:

1. Kuwait Finance House
2. Bank Muamalat
3. Affin Islamic
Selain dari itu, terdapat 4 syarikat bukan bank yang menawarkan simpanan emas patuh syariah, iaitu:
1. Quantum metal
2. Public Gold
3. Hello Gold
4. Goldina
Pada masa itu, produk Quantun Metal yang patuh syariah hanyalah Gold Savings Account.
Pada hari ini, penasihat syariah Quantum Metal, ISRA, memaklumkan dan mengesahkan dua lagi produk Quantum Metal adalah Gold Convert Account (GCA) dan Gold Asset Enhancement (GAE) adalah patuh syariah.
Harap maklum.
Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah...😁








SIRI KAEDAH JUAL-BELI EMAS !!!!

Beli emas secara online dan emas disimpan untuk kita.
Emas adalah antara pelaburan yang terpilih oleh kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu disebabkan oleh wabak C0VID-19.
Ada tak cara beli emas secara online tapi emas disimpan yang patuh syariah?
Ada…
Mula-mula sekali kita mesti elakkan produk simpanan emas yang ditawarkan oleh perbankan konvensional.
Kenapa ya?
Produk simpanan emas yang ditawarkan oleh perbankan konvensional tiada pengesahan patuh syariah oleh penasihat syariah bertauliah. Dan selalunya mereka tidak memberi jaminan ada emas semasa pembelian/pesanan dibuat. Oleh itu, cara ini kita akan terlibat dengan dosa besar riba.
Malah jangan sekali-kali kita terlibat dengan apa2 produk perbankan konvensional.
Terdapat 3 perbankan Islam yang menawarkan produk simpanan emas patuh syariah, iaitu:
1. Kuwait Finance House
2. Bank Muamalat
3. Affin Islamic
Selain dari itu, terdapat 4 syarikat bukan bank yang menawarkan simpanan emas patuh syariah, iaitu:
1. Quantum metal
2. Public Gold
3. Hello Gold
4. Goldina
Kesemua produk simpanan emas perbankan Islam dan syarikat2 tersebut sudah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah masing-masing. Emas yang dibeli secara online menggunakan penyerahan (qabd) secara hukmi atau konstruktif dan emas dijamin ada semasa pembelian.
Melaburlah tanpa was-was…
Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat lain atau orang persendirian yang menawarkan simpanan emas dan/atau pembelian secara online?
Pendapat kami, selagi mereka tidak ada penasihat syariah bertauliah dan tidak mengeluarkan penyataan patuh syariah, elakkanlah mereka.
Elakkan risiko terlibat dosa besar riba ya.
Pilihan patuh syariah kan dah ada?
Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya.
Insya Allah…😁
1 share
Like
Comment
Share

PAYDIRECT - FPX

 

Tiada pengambilan wang oleh pihak ketiga (3rd Party) semua urusan pembayaran wang dibuat sendiri oleh pelabur. Lebih selamat dan terjamin.

PENCERAHAN MENGENAI QUANTUM METAL (QM) OLEH ISRA

😁Awas panjang ....

Semalam, International Shariah Research Academy (ISRA) telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai penglibatan mereka dengan QM.
ISRA merupakan penasihat syariah QM.
Pencerahan ini kemungkinan berpunca daripada banyak pertanyaan, tuduhan dan juga tohmahan mengenai produk2 QM terutama sekali produk Quantum Leverage.
Scammer online forex haram juga mengambil peluang ini untuk menyamakan produk Quantum Leverage dengan leverage dalam online forex haram, walaupun kedua-duanya adalah amat berbeza.
Ditambah pula dengan sikap tidak bertanggung-jawab sesetengah agen QM yang begitu ghairah mempromosi produk Quantum Leverage dengan cara yang mengelirukan, sehingga ada yang mengatakan "dapat emas percuma" dan juga "janji untung."
Oleh itu, dipersilakan untuk mentelaah penerangan ISRA di bawah ini. Penerangan dalam laman web ISRA juga mengandungi helaian penerangan kepatuhan syariah untuk ketiga2 produk yang baik untuk kita semua fahami (dalam bahasa Inggeris).
Semoga bermafaat.
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah.... 😁
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
International Shariah Research Academy (ISRA) ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Bank Negara Malaysia sebagai institusi penyelidikan berkaitan kewangan dan Syariah Islam. ISRA diiktiraf di peringkat global sebagai akademi penyelidikan utama global dalam industri kewangan Islam dan telah mendapat banyak penghargaan. ISRA disokong oleh sekumpulan penyelidik kanan yang berpengalaman dan profesional. ISRA Consulting menawarkan perkhidmatan perundingan yang luas dan komprehensif dalam khidmat nasihat, penyelidikan, latihan dan terjemahan dalam bidang kewangan Islam dan Syariah.
~~~~~~~~~~~~~~~
ISRA Consulting (IC) telah menerima banyak pertanyaan mengenai status produk emas yang ditawarkan oleh Quantum Metal Sdn Bhd (QM) [No. Syarikat 1011907-U]. Dalam hal ini, kami ingin membuat penjelasan berikut:

a) IC dilantik sebagai perunding Syariah untuk mengkaji struktur tiga produk yang ditawarkan oleh QM.

b) Sebagai perunding Syariah, kami mengkaji dan mengeluarkan pernyataan Syariah mengenai produk berikut:
I. QM GOLD STORAGE ACCOUNT (GSA)
II. QM GOLD CONVERT ACCOUNT (GCA)
III. QM GOLD ASSET ANHANCEMENT (GAE)

c) Pengumuman mengenai GSA dikeluarkan pada 27 Mac 2020. Proses semakan Syariah kemudian dilakukan sebelum berakhirnya lafaz produk ini, dan pembaharuannya dikeluarkan pada 15 April 2021.

d) Kajian Syariah yang dilakukan oleh IC bertujuan untuk memastikan kepatuhan kepada syarat Syariah SAHAJA, terutama di dua bidang. Bidang pertama adalah kewujudan emas yang dimiliki oleh pelanggan dan konsistensi laporan mengenai stok emas yang dipegang oleh QM yang dikeluarkan oleh Brink's dengan laporan QM yang sama. Bidang kedua adalah kemampuan QM untuk membuat penghantaran emas sekiranya pelanggan meminta pengiriman tersebut.

e) Pengumuman mengenai GCA dan GAE dikeluarkan pada 15 Julai 2020 dan akan berakhir pada 14 Julai 2021. Sehubungan dengan itu, sebuah pasukan bebas dalam ISRA sedang melakukan kajian Syariah untuk kedua-dua produk tersebut. IC akan membuat keputusan yang tepat atas hasil yang memuaskan dari proses semakan Syariah.

f) Kami amat mengalakkan semua pihak yang berminat untuk membaca dan meneliti pencerahan kami dengan teliti untuk memahami struktur Syariah ketiga produk tersebut.

g) Kami juga ingin menekankan bahawa IC dilantik oleh QM sebagai perunding Syariah untuk penstrukturan produk dari perspektif Syariah dan tidak terlibat sebagai Penasihat Syariah tetap untuk QM. Oleh itu, TIDAK dalam skop kerja kami untuk:
i. Menyelia urusan operasi harian QM.
ii. Mengkaji dan meluluskan semua bahan pemasaran.
iii. Mengawasi tingkah laku ejen QM.

h) Pengumuman kami dibuat berdasarkan struktur Syariah ketiga-tiga produk tersebut.
Adalah tanggungjawab QM untuk memastikan bahawa produk ditawarkan sesuai dengan semua keperluan undang-undang dan peraturan negara.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Quantum Metal vs Public Gold – Mana Lebih Baik?

Baru Baru ini Quantum Metal telah viral di social media dan Ramai yang bertanya, apa perbezaan Quantum Metal (QM) dan Public Gold (PG)? Yang mana lebih baik?


Quantum Metal lebih fokus kepada produk Digital – Financial Technology dan Killer produknya adalah Gold Asset Enhance (GAE10X dan GAE5X5).


Manakala Public Gold lebih pada simpanan Fizikal. Masing-masing ada kelebihannya, jadi, pilihan di tangan anda.


Tiada masalah jika nak beli emas dari mana-mana syarikat sekalipun, yang penting kita faham kriteria di bawah:


Keuntungan ketika menjual emas hanya bergantung kepada harga emas semasa.

Tidak menjanjikan pulangan selepas sekian lama menyimpan. Jika syarikat menawarkan pulangan tak masuk akal, boleh jadi ianya scam

Latar belakang syarikat.

Track record syarikat.

Siapa Insurans syarikat.

Bekerjasama dengan siapa? Adakah giant company, bank, koperasi dll?

Adakah ia mengikut undang-undang secara sah?

Adakah ia Patuh Syariah?


Semoga bermanfaat!

Nak simpan emas? Daftar

 percuma 

https://bit.ly/3EtFAay

KENAPA PERLU MELABUR?

Kenapa perlu melabur berbanding simpan duit sahaja? Simpan duit sahaja tiada risiko berbanding jika melabur.


Ini kerana tujuan utama melabur sebenarnya bukan untuk kaya tetapi adalah untuk menangani INFLASI.


Apa itu INFLASI?


Bahasa mudahnya adalah merujuk kepada nilai wang yang semakin berkurangan setiap tahun.


Sebagai contoh :-

Lebih kurang 10 tahun lepas, sekeping roti canai di kedai makan adalah harga 50 sen. Sekarang dapat lagi ke nak beli roti canai dengan harga 50 sen?


Inflasi menyebabkan nilai duit yang kita pegang akan semakin mengecil.


Andai ada RM100,000 sekarang dan simpan bawah bantal. Lagi 10 tahun, jumlah RM100,000 masih tetap sama. Tapi sebenarnya nilai RM100,000 semakin mengecil.


Sebaliknya jika melabur duit RM100,000 dalam pelaburan yang memberikan keuntungan tahunan sebanyak 10%, setelah 10 tahun akan berkembang kepada RM259,374.


Namun begitu, harus berhati-hati ketika melabur bagi mengelakkan daripada melebur.


Jika ditanya pelaburan yang terbaik? ASB? Unit Amanah? Saham? Hartanah? Pelaburan yang terbaik adalah ILMU.


Setiap medium pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri dan pilih lah pelaburan yang bersesuaian dengan tahap masing-masing.

Kefahaman Simpanan Emas 99.99% yang:

Patuh Syariah

 *memberi keuntungan 10kali ganda dengan pembiayaan tawaruq!

 *Tiada kontrak minima atau maksima

 *Tiada Margin Call

 *Pelaburan secara DIY melalui online portal/mobile apps (tidak melalui agen)

 *Di audit dan dikawal selia oleh :

 *ISRA Consulting (BNM)

 *AMLA – Malaysia Anti-Money Laundering & Counter Financing of Terrorism Regime  (BNM)

 *Jaminan keselamatan fizikal pelaburan

 

Kalau TH bg 3.5%/year, ASB bagi 4.25%/year, dengan simpanan emas di QM, anda tentukan berapa keuntungan anda nak! Ada yang sudah dah dapat 57% keuntungan dlm masa 68 hari!

 

 

Anyway, Anda boleh share ayat dibawah ni utk kita bantu ramai rakan anda diluar sana. Kita adalah KHALIFAH. Kerja khalifah adalah beri manfaat ke seluruh alam. Jadi berilah manfaat dgn bagi share ayat dibawah ni 

 

===================

 

Nak belajar Kelebihan Simpanan Emas secara online seterusnya anda dapat memelihara nilai simpanan kewangan anda. Percuma jer. Jom belajar di group dibawah ni 

(Letakkan Link group anda balik. Buat group sendiri ya sbb ini adalah database anda)

EMAS VS DUIT KERTAS

 "Buat ape simpan emas, simpan je la duit"


1. Nilai

Nilai emas terletak pada berat dan ketulenan emas itu sendiri, tanpa bersandar pada benda lain.

Nilai duit kertas hanyalah kertas, yang disandarkan pada jaminan kerajaan. Bila kerajaan bergolak/tak stabil, atau sudah tidak akui nilai duit tersebut, nilai nya akan jatuh.


Contoh, duit syiling RM1, RM500, RM1000 kini sudah tidak bernilai.


2. Kuasa beli

Emas mampu kekalkan kuasa beli. 1 dinar pada 1400 tahun dulu, mampu beli seekor kambing. Pada hari ini, 1 dinar masih mampu beli seekor kambing.

Duit RM1 pada 20 tahun dulu sudah cukup untuk belanja anak di sekolah. Sekarang anak-anak akan kelaparan kalau bawa duit RM1!

Adakah harga barang semakin mahal? Atau nilai kuasa beli duit kita makin berkurang.


3. Inflasi

Duit boleh dicetak tanpa disandarkan pada apa-apa. Kerajaan bebas mencetak wang tunai.

Bila duit dicetak dengan banyak untuk merangsang ekonomi, inflasi akan meningkat. Lama kelamaan, nilai duit kertas akan jatuh.


Contoh, duit daun pisang pada zaman jepun kini sudah tidak bernilai.


Berbeza dengan emas, yang keluar dari perut bumi. Ia tak dapat dicipta, atau dimusnahkan. Jadi, emas kalis inflasi!


4. Diterima di semua negara

Ringit Malaysia tidak diterima jika hendak digunakan di negara luar.

Bila banjir besar melanda kelantan, penduduk di rantau panjang terpaksa membeli bekalan makanan di Thailand.


Oleh kerana duit kita tak diterima, mereka gadaikan emas mereka di Thailand.


Pelarian vietnam ketika lari dari perang, membawa emas yang disembunyikan dalam lipatan baju. Emas ini digunakan untuk memulakan hidup baru di negara lain.


Banyak lagi kelebihan simpan emas. Tuan puan boleh baca buku WANG EMAS karya Tuan Mohd Zulkifli Shafie. InsyaAllah amat bermanafaat.


Untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai simpanan emas, boleh whatsapp saya

https://wa.me/60173700670

In shaa Allah saya akan bantu

QM Reseller

 TIP EMAS: EMAS DITERIMA DI SELURUH DUNIA

Emas adalah salah satu aset yang diterima di mana sahaja di dunia. Anda boleh membelinya di sebuah negara yang terpencil di dunia dan menjualnya di negara lain di benua yang berbeza. Tambahan lagi, ia juga mudah alih.


Sebagai contoh, ketika rakyat Vietnam,Nigeria,Mynmar Dan Lain2 yang melarikan diri daripada negara mereka selepas Perang,Rusuhan, kebanyakan mereka menyeludup keluar emas dalam bentuk kepingan, syiling dan barangan kemas. Ia adalah satu-satunya aset milikan mereka yang mempunyai nilai – matawang mereka tidak berharga di luar Vietnam,Nigeria,Mynmar Dan lain2 – yang sedia untuk ditukarkan menjadi wang tunai. Emas membolehkan mereka untuk memulakan kehidupan baru di negara-negara asing.


Kelebihan ini tidak terpakai untuk pelaburan yang lain, termasuklah matawang. Bahkan dolar Amerika Syarikat tidak diterima di banyak tempat.


Ingin menyimpan emas bersama Sy Authorised Reseller QM? Boleh Whatsapp team sekarang juga

Pelan Pengumpulan Emas Di Negara Jepun

 Di negara Jepun, pelan pengumpulan emas atau Gold Storage Account (GSA) sudah diperkenalkan sejak tahun 1980. Sudah 40 tahun usianya.


Maksudnya masyarakat di negara maju tersebut sudah amalkan tabiat menabung emas lebih 40 tahun yang lepas.


Muzium emas terbesar di dunia juga berada di negara matahari terbit itu, iaitu Toi Gold Museum, yang mempamerkan jongkong emas terbesar di dunia seberat 250 kilogram (bernilai anggaran RM45 juta).


Kalau di Malaysia, kita ada program pengumpulan emas, singkatannya GSA juga.


GSA atau nama gelarannya akaun Simpanan emas , dibawah syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia Quantum Metal ini mula diperkenalkan sejak tahun 2012.


Dengan akaun emas GSA, kita boleh mula mengumpul emas dengan modal serendah RM10.


Siapa yang tak ada modal besar, GSA lah kaedah menabung emas paling mudah dan murah di Malaysia buat masa ni.


Pendek kata, semua orang hatta student IPT pun sudah boleh mula kumpul aset kecil bernilai besar ini.


Kita asyik ungkapkan ayat, pandang ke Timur. Jepun dah mula 40 tahun lepas. Malaysia pun dah hampir 10 tahun melancarkan GSA.. Kita ketinggalan 32 tahun dari Jepun. Jika sekarang, kita masih menunggu. Jepun akan semakin mendahului kita.


Bayangkan selepas Perang Dunia, Jepun mampu bangkit menjadi negara maju. Hal ini dibantu oleh pemikiran rakyat negara Matahari Terbit yang suka menggunakan peluang dan kesempatan yang ada, bukan nya menunggu...

Monday, November 29, 2021

Bila Nk Untung Beli Emas ?


Apa tujuan orang simpan emas dan bila nak untung?”

Sebenarnya, masyarakat di Malaysia masih belum jelas apa tujuan sebenar menyimpan emas. Kebanyakan anggap beli emas pada harga rendah dan kemudiannya jual tinggi sahaja. Kita tak tahu, apa tujuan sebenar orang-orang tua kita dahulu simpan emas.

“Oo nenek dan datuk kita simpan emas sebab mereka suka dengan emas.”
Sebenarnya bila dikaji lebih dalam, datuk nenek kita simpan emas sebab telah belajar dari kesilapan simpan semuanya dalam bentuk wang kertas.
Apabila dijajah, nilai wang mereka jadi 0. Bukan sekali malah beberapa kali iaitu ketika dijajah oleh British dan Jepun.
Yang lebih menyedihkan, ada yang tak nak simpan emas sebab takut kena zakat. Puncanya, kita sebagai orang Islam tak tahu apa syarat-syarat wajib zakat emas, mungkin malu bertanya agaknya.
Ini adalah beberapa tujuan antaranya:
✅ Elak simpanan bocor
✅ Elak meminjam wang dari orang
✅ Tabung kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk emas.
✅ Simpanan ibadah Haji
✅ Simpanan beli aset hartanah
Pokok pangkalnya, saya cadangkan mulakan dengan ilmu terlebih dahulu supaya jelas matlamat yang hendak dicapai menerusi simpanan emas fizikal.
Turun dan naik emas itu biasa.Yang luarbiasanya bila kita terus konsisten simpanan emas untuk capai matlamat.
Semoga bermanfaat. 💪
'Gold Secure Your Future'
Bukak akaun Emas Free, roger Abam..





Pelaburan Patuh Syariah

 Salam sahabat semua. 

Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak hairanlah sejak sekian lama, emas dijadikan sandaran mata wang di seluruh dunia. Harga emas yang amat stabil menjadikan ianya sebagai salah satu pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan.

Hari ini dengan teknologi yang ada, pelaburan dalam emas tidak lagi serumit sebelum ini. Jika sebelum ini, kita terpaksa ke kedai emas untuk mendapatkan emas dan kemudian menyimpannya, namun kini kita tidak lagi perlu melakukannya sedimikian rupa. Kini kita boleh membeli emas dan melaburkannnya dengan cara yang amat mudah dan selamat. Kita tak perlu lagi khuatir emas yang kita simpan di rumah dicuri atau dirompak. Emas hanya dihujung jari anda!

Apa yang lebih menarik, kini melalui Quantum Metal (QM), anda bukan sahaja boleh melabur dalam emas, tapi anda juga mampu menggandakan pemilikan emas anda sehingga 10 kali ganda (melalui pembiayaan syarikat) dari jumlah pelaburan asal anda? Menarik bukan?. 

Sebagai contoh, anda membeli emas sebanyak RM1,000, anda akan diberikan pembiayaan sebanyak RM9,000 melalui kaedah tawarruq murabahah. Jadi kini jumlah pelaburan anda sudah menjadi RM10,000. Wow!! Masya Allah....

Baik! Sebelum kita bercerita lebih terperinci tentang cara dan kaedah pelaburan ini, jom kita tengok beberapa maklumat penting tentang Quantum Metal.


Tentang Quantum Metal

Quantum Metal Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengimport dan pembekal emas di Malaysia khasnya dan negara-negara ASEAN amnya. Mula beroperasi pada tahun 2012 dan ibupejabat syarikat terletak di E-Gate Pulau Pinang. Quantum Metal ialah pengedar utama emas London Bullion Market Association (LBMA) di Malaysia yang mempunyai pengaruh global dan merintis pertumbuhan kekayaan. 







Founder



Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat ialah Tuan Haji Kamari  Zaman. Beliau juga Pengerusi Bank Persatuan (Co-opbank Persatuan) dan Pengarah Bebas Dan Bukan Eksekutif, Permodalan BSN Berhad. (Rujuk sini)
Modal berbayar syarikat ini ialah RM 10 juta  dan  merupakan peserta Di Dagangan Bursa Malaysia Islamic Servises (BMIS)









Perniagaan teras syarikat ialah menyediakan produk emas premium 99.9% ke pasaran termasuk badan kerajaan, bank, institusi kewangan, pemborong dan peniaga emas individu.

 

BANK TEMPATAN  







Quantum Metal memulakan hubungan antara bank tempatan dengan pembekal bullion antarabangsa termasuk Perth Mint Gold, Australia. Model perniagaan syarikat ialah mengurangkan risiko bank tempatan  dengan bank tempatan melakukan transaksi langsung dan transaksi sah melalui Quantum Metal.

Sebagai pelanggan Quantum Metal, bank tempatan bebas daripada perbelanjaan modal untuk projek ini kerana 100% sistem dan infrastruktur akan dilaburkan oleh syarikat ini. Pulangan pelaburan syarikat adalah melalui model pembahagian hasil dengan bank tempatan. 

Quantum Metal terus melabur dan dan menyediakan model SOP terbaik dan menjamin integrasi dalam talian masa nyata antara bank tempatan dan Quantum Metal.

Antara bank tempatan yang berkerjasama dengan Quantum Metal ialah Bank Muamalat, Al-Rajhi Bank, Affin Bank dan Alliance Bank. 





R-RAHNU DAN KOPERASI   

Quantum Metal juga adalah pembekal sistem emas  kepada Ar-Rahnu Tekun.






Koperasi ANGKASA dan Organisasi Koperasi Asean (ACO) turut jalinkan kerjasama dengan Quantum Metal.

ACO Gold Sdn Bhd telah ditubuhkan hasil usahasama MyAngkasa Holding, Organisasi Koperasi Asean (ACO) dan Quantum Metal. 

ACO Gold didaftarkan pada 8 Februari 2018 untuk meningkatkan perdagangan dan transaksi antara koperasi di negara-negara ASEAN melalui perdagangan emas. 

MyAngkasa Holdings, dimiliki 100% oleh Angkasa merupakan organisasi APEX untuk 10 ribu koperasi. 



 

PATUH SYARIAH  

Syarikat turut mendapat Pengiktirafan patuh syariah dari ISRA’ (International Shariʽah Research Academy for Islamic Finance) yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). (Sijil patuh syariah ISRA). Quantum Metal juga teraenarai di World Gold Council, klik http://shariahgold.com/products







PERTH MINT DAN PANDA GOLD  
Quantum Metal juga telah dilantik sebagai pengedar sah kepada Perth Mint Gold iaitu sebuah syarikat emas yang terbaik di dunia.(Quantun Metal Distributor Perth Mint Gold) dan juga ABC Bullion.



Selain daripada itu Quantum Metal juga dilantik sebagai pengedar Panda Gold, kerjasama dengan ICBC Bank Malaysia.  



SIMPANAN DAN INSURAN  

Anda tidak perlu risau melabur emas dengan skim QMGold Quantum Metal kerana emas anda diinsurankan oleh Llyod's Of London, 100% terjamin. 

Emas pula disimpan di tempat penyimpanan emas pihak ketiga yang selamat dan terjamin iaitu Brinks Singapura. 




PRODUK YANG DITAWARKAN   

Melalui skim MyGoldi, Quantum Metal Sdn Bhd telah merancang sistem dalam talian 24/7 dan lestari yang akan menguntungkan setiap pengguna akaun simpanan emas. Dengan sistem yang selamat, mudah dan mesra pengguna kini semua orang dapat bergabung di pasar emas dan berkongsi kegembiraan bersama. Tiga produk terbaik yang ditawarkan ialah :-

 

Gold Storage Account (GSA)  

Ini adalah Akaun Simpanan Emas dan anda boleh mula menyimpan serendah RM10, Urusan jual beli emas boleh dibuat pada  bila-bila masa. 

✅ Menyimpan

✅ Modal serendah Rm10

✅ App QMGold App

✅ Emas Fizikal

✅ Modal simpanan tidak "LOCK"



Gold Convert Account (GCA) 

Ini ialah akaun pendahuluan emas atau pajak gadai. Anda simpan wang ke dalam akaun ini dan boleh keluarkan 80% untuk kegunaan. Keuntungan dikira atas jumlah 100% wang yang anda simpan. 

✅ Pajak gadai

✅ Boleh pajak maksima 80% daripada emas GSA.

✅ Kelulusan segera.

✅ Upah simpan 3.5% setahun.


 Gold Asset Enhance (GAE)  

Gold Asset Enhance yang juga dikira sebagai Fixed Deposit anda. GAE adalah produk terbaik yang tiada di tempat lain. Ia menggunakan instrumen kewangan, konsep Tawarruq. Modal 1 unit hanya 4 gram tetapi kita mendapat akaun GAE 10 kali ganda iaitu 40 gram. Keuntungan kenaikan emas dikira atas 40 gram.

✅ Investment (Pelaburan)

✅ Minima modal

      GAE 1 x 5  1 unit (USD25)

     GAE 1 x 10 1 unit (USD250)

✅ Special produk yang tiada di Syarikat lain.

✅ Disediakan modal tambahan loan tawaruq 90% setiap pembelian satu unit.

✅ 3.5% fee loan tawaruq untuk setahun.

✅ Keuntungan daripada kenaikan harga emas

✅ Modal simpanan tidak "Lock"



GAE PRODUK TERHEBAT   

Produk terbaik yang ditawarkan ialah Gold Asset Enhance (GAE). Skim ini dikira sebagai Fixed Deposit dan produk terbaik yang tiada di tempat lain. Ia menggunakan instrumen kewangan, konsep Tawarruq. Modal 1 unit hanya 4 gram tetapi pelanggan mendapat akaun GAE 10 kali ganda iaitu 40 gram (mengikut harga semasa).  Bila ada keuntungan, anda boleh jual dan beli semula bila-bila masa untuk keuntungan seterusnya.

Profit rate 3.5% dikenakan atas pembiayaan dan perlu dibayar terlebih dahulu. Jika anda jual sebelum tempoh setahun, baki profit rate akan dipulangkan mengikut tempoh pembiayaan

Sementara itu,  keuntungan kenaikan emas dikira atas 40 gram. Maknanya jika 1 gram naik RM10, maka anda akan dapat untung RM10 X 10 iaitu RM100. Anda boleh tebus, jual beli bila-bila masa tanpa ada tempoh kontrak.

Harga emas dikira setiap hari kecuali hari cuti Sabtu dan Ahad. Anda boleh tebus dan ambil untung, kemudian buka akaun semula untuk dapatkan untung seterusnya.

Upah dikira selama setahun jika anda tidak tutup akaun, tapi jika anda tutup akaun awal maka upah harian dikira sehingga hari anda tutup akaun QMGOLD App anda. 

Harga 1 unit bergantung kepada pasaran semasa emas dunia. Setiap hari makluman tentang harga akan dimaklumkan. Maklumat lanjut tentang harga satu unit boleh hubungi agen berdaftar. 

Tiada pihak lain yang menawarkan skim sebegini, beli 1 unit dapat nilai emas 10 kali ganda daripada modal belian yang dikeluarkan.  Ramai yang mengambil peluang meraih keuntungan melalui produk GAE ini.

Anda boleh tambah atau beli unit baru pada bila-masa tanpa halangan. Bayangkan, jika anda ada wang RM10,000 menerusi QMGOLD APP anda dapat akaun bernilai RM100,000. Kenaikan keuntungan dikira atas RM100,000 itu tadi. Ini peluang terbaik untuk rakyat Malaysia. 

Bayangkan juga, anda ada simpanan wang di bank RM10,000, maka nilai duit anda tetap RM10,000 dalam akaun bank. Tapi dengan QMGOLD APP jumlah wang anda bertambah 10 kali ganda (RM100,000). Maka, bertindak bijak  sekarang. Tukar wang anda kepada nilai emas.




CIRI-CIRI MENARIK  

Terdapat beberapa ciri-ciri menarik skim QMGOLD APP Quantum Metal, diantaranya ialah:

Sistem Transaksi Harian 24/7  

Pengeluaran ke dalam akaun anda atau emas fizikal dan tiada had pengeluaran.

100% Didukung Oleh Emas Fizikal 99.9%  

Boleh buat belian dengan kadar serendah RM20 sahaja. Ketulenan emas mendapat pengesahan antarabangsa daripada London Bullion Market Association (LBMA).

Dijamin Harga Emas Rendah  

Harga terbaik dipasaran dan dikemaskini setiap hari.

Kemudahan Kredit Pusingan  

Kadar faedah rendah sehingga 80% dari nilai emas anda.

Pengeluaran Emas Fizikal  

Pusat pengeluaran cepat dan mudah serta disokong oleh International Bullion House.

Pengeluaran Dalam Mata Wang Anda  

Mata wang asing diterima, pemindahan wang ke seluruh dunia (antarabangsa)

Di Sokong Oleh Bank Tempatan  

Bank tempatan sebagai ejen. Konsep patuh syariah. Dipantau Bank Negara Malaysia.

Sistem Mesra Pengguna  

Ada Apps QMGOLD untuk  buat urusan mudah dan pantas guna telefon pintar. Perdagangan dalam talian yang selamat.

Brinks Sebagai Vault Emas Billion Rasmi  

Emas disimpan di Brinks Singapura 100% dijamin dan diinsuranskan oleh Llyod's Of London.




PENDAFTARAN ONLINE 

Selepas register buka email yang di daftarkan kemudian klik link yang Quantum Metal hantar untuk buat PASSWORD  dan nombor PIN.

Tiada pengambilan wang oleh pihak ketiga (3rd Party) semua urusan pembayaran wang dibuat sendiri oleh pelabur. Lebih selamat dan terjamin. 




Testimoni Keuntungan Pelabur 







Daftar PERCUMA Sekarang - Klik di link https://bit.ly/3EtFAay