Tuesday, November 30, 2021

SIRI KAEDAH JUAL-BELI EMAS !!!!

Beli emas secara online dan emas disimpan untuk kita.
Emas adalah antara pelaburan yang terpilih oleh kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu disebabkan oleh wabak C0VID-19.
Ada tak cara beli emas secara online tapi emas disimpan yang patuh syariah?
Ada…
Mula-mula sekali kita mesti elakkan produk simpanan emas yang ditawarkan oleh perbankan konvensional.
Kenapa ya?
Produk simpanan emas yang ditawarkan oleh perbankan konvensional tiada pengesahan patuh syariah oleh penasihat syariah bertauliah. Dan selalunya mereka tidak memberi jaminan ada emas semasa pembelian/pesanan dibuat. Oleh itu, cara ini kita akan terlibat dengan dosa besar riba.
Malah jangan sekali-kali kita terlibat dengan apa2 produk perbankan konvensional.
Terdapat 3 perbankan Islam yang menawarkan produk simpanan emas patuh syariah, iaitu:
1. Kuwait Finance House
2. Bank Muamalat
3. Affin Islamic
Selain dari itu, terdapat 4 syarikat bukan bank yang menawarkan simpanan emas patuh syariah, iaitu:
1. Quantum metal
2. Public Gold
3. Hello Gold
4. Goldina
Kesemua produk simpanan emas perbankan Islam dan syarikat2 tersebut sudah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah masing-masing. Emas yang dibeli secara online menggunakan penyerahan (qabd) secara hukmi atau konstruktif dan emas dijamin ada semasa pembelian.
Melaburlah tanpa was-was…
Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat lain atau orang persendirian yang menawarkan simpanan emas dan/atau pembelian secara online?
Pendapat kami, selagi mereka tidak ada penasihat syariah bertauliah dan tidak mengeluarkan penyataan patuh syariah, elakkanlah mereka.
Elakkan risiko terlibat dosa besar riba ya.
Pilihan patuh syariah kan dah ada?
Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya.
Insya Allah…😁
1 share
Like
Comment
Share

No comments:

Post a Comment