Kenapa perlu melabur berbanding simpan duit sahaja? Simpan duit sahaja tiada risiko berbanding jika melabur.
Ini kerana tujuan utama melabur sebenarnya bukan untuk kaya tetapi adalah untuk menangani INFLASI.
Apa itu INFLASI?
Bahasa mudahnya adalah merujuk kepada nilai wang yang semakin berkurangan setiap tahun.
Sebagai contoh :-
Lebih kurang 10 tahun lepas, sekeping roti canai di kedai makan adalah harga 50 sen. Sekarang dapat lagi ke nak beli roti canai dengan harga 50 sen?
Inflasi menyebabkan nilai duit yang kita pegang akan semakin mengecil.
Andai ada RM100,000 sekarang dan simpan bawah bantal. Lagi 10 tahun, jumlah RM100,000 masih tetap sama. Tapi sebenarnya nilai RM100,000 semakin mengecil.
Sebaliknya jika melabur duit RM100,000 dalam pelaburan yang memberikan keuntungan tahunan sebanyak 10%, setelah 10 tahun akan berkembang kepada RM259,374.
Namun begitu, harus berhati-hati ketika melabur bagi mengelakkan daripada melebur.
Jika ditanya pelaburan yang terbaik? ASB? Unit Amanah? Saham? Hartanah? Pelaburan yang terbaik adalah ILMU.
Setiap medium pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri dan pilih lah pelaburan yang bersesuaian dengan tahap masing-masing.
No comments:
Post a Comment