Tuesday, November 30, 2021

EMAS VS DUIT KERTAS

 "Buat ape simpan emas, simpan je la duit"


1. Nilai

Nilai emas terletak pada berat dan ketulenan emas itu sendiri, tanpa bersandar pada benda lain.

Nilai duit kertas hanyalah kertas, yang disandarkan pada jaminan kerajaan. Bila kerajaan bergolak/tak stabil, atau sudah tidak akui nilai duit tersebut, nilai nya akan jatuh.


Contoh, duit syiling RM1, RM500, RM1000 kini sudah tidak bernilai.


2. Kuasa beli

Emas mampu kekalkan kuasa beli. 1 dinar pada 1400 tahun dulu, mampu beli seekor kambing. Pada hari ini, 1 dinar masih mampu beli seekor kambing.

Duit RM1 pada 20 tahun dulu sudah cukup untuk belanja anak di sekolah. Sekarang anak-anak akan kelaparan kalau bawa duit RM1!

Adakah harga barang semakin mahal? Atau nilai kuasa beli duit kita makin berkurang.


3. Inflasi

Duit boleh dicetak tanpa disandarkan pada apa-apa. Kerajaan bebas mencetak wang tunai.

Bila duit dicetak dengan banyak untuk merangsang ekonomi, inflasi akan meningkat. Lama kelamaan, nilai duit kertas akan jatuh.


Contoh, duit daun pisang pada zaman jepun kini sudah tidak bernilai.


Berbeza dengan emas, yang keluar dari perut bumi. Ia tak dapat dicipta, atau dimusnahkan. Jadi, emas kalis inflasi!


4. Diterima di semua negara

Ringit Malaysia tidak diterima jika hendak digunakan di negara luar.

Bila banjir besar melanda kelantan, penduduk di rantau panjang terpaksa membeli bekalan makanan di Thailand.


Oleh kerana duit kita tak diterima, mereka gadaikan emas mereka di Thailand.


Pelarian vietnam ketika lari dari perang, membawa emas yang disembunyikan dalam lipatan baju. Emas ini digunakan untuk memulakan hidup baru di negara lain.


Banyak lagi kelebihan simpan emas. Tuan puan boleh baca buku WANG EMAS karya Tuan Mohd Zulkifli Shafie. InsyaAllah amat bermanafaat.


Untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai simpanan emas, boleh whatsapp saya

https://wa.me/60173700670

In shaa Allah saya akan bantu

QM Reseller

No comments:

Post a Comment