Tuesday, January 4, 2022

TAHU KE TIDAK LOMBONG EMAS TERBESAR DUNIA TERLETAK DI INDONESIA ?

 



💫 Dikenali sebagai Lombong Grasberg, adalah lombong emas terbesar di dunia dan lombong tembaga ke-2 terbesar di dunia. Lombong ini terletak di Provinsi Papua, Indonesia.
💫 Lombong ini diusahakan PT Freeport Indonesia. Syarikat ini merupakan anak syarikat Amerika Syarikat. Kos membina lombong di atas puncak gunung ini menelan kos 3 bilion dolar Amerika. Seramai 19500 orang berkerja untuk lombong emas ini.
💫 Tetapi lombong emas ini ditentang oleh penduduk setempat kerana tidak memberi sebarang manfaat. Disebabkan oleh saham lombong ini 90% darinya adalah milik Amerika Syarikat, dan hanya 10% sahaja milik kerjaan Indonesia.
💫 Pada tahun 2018 kerajaan Indonesia berjaya membuat rundingan dan memperoleh 50% saham dari perlombongan tersebut.
💫 Dan menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar. Habuk-habuk dari aktiviti perlombongan menjejaskan kawasan ketinggian 9000 kaki dan seluas 8 km persegi.
💫 Pencemaran ini masuk ke dalam Sungai Aikwa. Kawasan rendah seluas 233 km² tercemar dengan pelbagai sedimen dan ikan di sungai musnah.
💫 Mereka tidak dapat buat apa-apa kerana perjanjian baru ini hanya akan tamat pada 2041.

No comments:

Post a Comment